| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Penghuni Penjara Bentong 2018 Anjuran Persatuan NGO

Pada 13 Februari 2018 (Selasa), jam 10.00 pagi bertempat Dewan At-Tarbiyyah Penjara Bentong telah berlangsung Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Penghuni anjuran Unit Pemulihan Penjara Bentong. Seramai 133 penghuni berbangsa Cina telah terpilih menyertai program ini. Majlis dimulakan dengan persembahan daripada artis yang dijemput khas dan penyampaian sumbangan buah limau serta sabun oleh Persatuan Masyarakat Prihatin Zi Zhai Yuan Kuala Lumpur dan juga Persatuan Bimbingan Agama Buddha Malaysia kepadsa penghuni. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh  YBhg. TKP Dato? Muhammad Zuki bin Muhammad Zain, Pengarah Penjara Bentong, Pahang Kemuncak program ialah persembahan ?Tukar Topeng? yang dipersembahan oleh En. Vijay dari Damansara, Kuala Lumpur. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama pihak pengurusan Penjara Bentong dan NGO yang terlibat.


""