| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Penyerahan Sumbangan 5 Mesin Jahit ?Jalone? Daripada Yayasan Inovatif Mostwell di SHG Telok Mas Melaka

Pada 15 Februari 2018 (Khamis) Institusi Sekolah Henry Gurney telah menerima 5 unit mesin jahit jenama ?Jalone? untuk pembelajaran penghuni wanita Tun Teja di Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka. Penyerahan sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Madam Fully Chye Goet Lee wakil Yayasan Inovatif Mostwell. Turut hadir En Rahmat Bin Ismail, Pengarah Bahagian Standard Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Putrajaya dan PP Redzwan Bin Saghil@Yusof Timbalan Pengarah SHG. Program ini bertujuan memberi pendedahan kemahiran seni jahitan kreatif yang mampu mendekatkan wanita dengan bidang keusahawanan, sekali gus membantu mengubah struktur ekonomi penghuni apabila dibebaskan kelak.


""