| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Kejohanan Ping Pong Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2018

Pada 02 hingga 04 Februari bertempat di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Kluang telah berlangsung Kejohanan Ping Pong Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2018. Penjara Kluang, Johor telah diberikan kepercayaan oleh Majlis Sukan Penjara Malaysia bagi mengelolakan kejohanan pada tahun ini. Pada tahun ini sebanyak 14 kontinjen telah menganbil bahagian bagi acara berpasukan. Kejohanan pada tahun ini juga telah disertai oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri Dan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia bagi acara terbuka. Turut serta dalam kejohanan YBhg. KJP Dato? Sri Hj. Zulkifli Bin Omar Ketua Pengarah Penjara Malaysia, YBhg. Tan Sri Ahmad Zaki Ansore Bin Mohd Yusof, dan YBhg. Dato? Mohammad Razin Bin Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara. Majlis Penutup Kejohanan telah diadakan pada 04 Februari 2018 juga di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Kluang, majlis telah dirasmikan oleh YBhg. KJP Dato? Sri Hj. Zulkifli Bin Omar Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Kejohanan pada tahun ini bagi acara berpasukan telah di menangi oleh pasukan Selangor A, Naib Johan Perak A, dan Ketiga Bersama Selangor B dan Kedah.


""