| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Terapi Zikir Tarekat Bersama Penghuni Institusi Pemulihan Dadah Jelebu

7 Febuari 2018 - Unit Agama Islam, Institusi Pemulihan Dadah, Jabatan Penjara Malaysia, Jelebu Negeri Sembilan telah melaksanakan modul terbaru keagamaan bagi Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) iaitu modul Terapi Zikir di Surau An-Nur, Institusi Pemulihan Dadah Jelebu selama 40 hari berturut-turut. Program ini telah dimulakan pada 30 Oktober 2017 dan berakhir pada 18 Disember 2017 seramai 61 orang penghuni dan lima 5 orang pegawai  terlibat dalam melaksanakan modul ini. Sesi zikir terapi ini masih diteruskan dan diamalkan oleh penghuni institusi ini. Program ini dimulakan pada pukul 10.30 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi. Program ini dikelola oleh Ustaz Ahmad Khalilullah bin Hamdan , SP Mohd Shah Bin Mohd Nor dan Ustaz Mohd Aizalfitri bin Hashim. Objektif modul terapi zikir ini untuk memberi pendedahan disamping dapat membersihkan hati penghuni untuk mengingati Allah dan dapat membentuk peribadi terpuji dalam diri penghuni. Ini adalah satu inisiatif yang sangat baik diterapkan kepada penghuni bagi mencapai visi penjara iaitu Peneraju Perkhidmatan Korektif.



""