| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2018 Bersama Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu Oleh Persatuan Bimbingan Agama Buddha Malaysia

Pada 05hb Febuari 2018 (Isnin), bertempat di Dewan Bistari, Penjara Pusat Kota Kinabalu telah diadakan Program Sambutan Tahun Baru Cina 2018 Peringkat Penghuni bersama Persatuan Bimbingan Agama Buddha Malaysia. Turut hadir dalam majlis tersebut En. Teoh Boon Ah daripada Buddhist Association Sabah And The Federal Territory Of Labuan. Antara pengisian program ialah sesi ceramah dan motivasi serta penyerahan sumbangan buah limau kepada penghuni dan kakitangan. Seramai 20 orang penghuni terlibat dalam program ini dan penyerahan sumbangan tersebut telah disampaikan oleh En. Chong Yoon Kong daripada Persatuan Bimbingan Agama Buddha Malaysia kepada PP Kalbin Hj Mohd Said, Timbalan Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu.


""