| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Kayuhan Amal Bersama DYTM Tuanku Raja Muda Perlis Tahun 2018

Pada 30 Januari 2018 Pejabat Pengarah Penjara Negeri Perlis dan Pusat Koreksional Perlis mengadakan program Kayuhan Amal bersama DYTM Tuanku Raja Muda Perlis. Pengisian program ini adalah aktiviti berbasikal yang di sertai oleh DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin  Ibni  Tuanku Syed Sirajjuddin  Jamalullail, PKK Mat Johir bin Asin @ Hashim Pengarah Penjara Negeri Perlis, PKP Hamid bin Taha Pengarah Pusat Koreksional Perlis, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan kakitangan Penjara Negeri Perlis. Program kayuhan ini adalah  sejauh 10 kilometer dikawasan kampung sekitar Pusat Koreksional Perlis. DYTM Tuanku Raja Muda juga berkenan menyampaikan sumbangan dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perlis (MAIPS) kepada 50 orang Asnaf sekitar komuniti berdekatan dan juga sumbangan Al Quran serta Buku Iqra untuk program Rumah Ngaji Pusat Koreksional Perlis.


""