| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Hari Bertemu Pelanggan  Peringkat  Penjara  Kajang  2018

Pada 21 Januari 2018 (Ahad), selaras dengan hasrat untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan, pihak pengurusan Penjara Kajang telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan peringkat institusi. Unit yang terlibat iaitu Unit Pemulihan, Unit Psikologi, Unit Parol, Unit Kebajikan, Pejabat Rekod, Unit Agama Dan Khidmat Pelanggan akan membantu dan memberikan maklumat yang diperlukan oleh keluarga penghuni. Selain membantu aspek pemulihan dan layanan kepada penghuni, ianya diharap dapat menjelaskan fungsi dan peranan jabatan secara tidak langsung serta mendapat sambutan yang menggalakkan dari keluarga penghuni dan orang awam. Program ini turut di hadiri oleh TKP Hj.Abdul.Halim B. Ma Hassan, Pengarah Penjara Kajang dan Timbalan Pengarah Penjara Kajang, PKK Rosoman Bin Abu Bakar @ Che Din.


""