| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesyuarat Ahli Lembaga Hakim Pelawat Negeri Kedah Bersama Pengarah Penjara Negeri dan Ketua-Ketua Institusi Penjara Negeri Kedah

Pada 24 Januari 2018 bertempat di Penjara Sungai Petani telah diadakan Mesyuarat Ahli Lembaga Hakim Pelawat Negeri Kedah bersama Pengarah Penjara Negeri dan Ketua-Ketua Institusi Penjara Negeri Kedah Bil 1/2018. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Penjara Negeri Kedah iaitu TKP Mohd Sabri bin Yaacob dan dihadiri oleh Pengerusi serta sebelas orang Ahli Lembaga Hakim Pelawat Negeri Kedah. Ketua-ketua institusi Penjara Negeri Kedah yang hadir pada mesyuarat tersebut adalah Pengarah Penjara Pokok Sena, Pengarah Akademi Koreksional Malaysia, Pengarah Penjara Sungai Petani, Pengarah Penjara Alor Setar dan Komandan Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Sultan Abdul Halim. Turut hadir ialah Urusetia Lembaga Hakim Pelawat institusi Penjara Negeri Kedah. Mesyuarat diadakan bagi membentang laporan lawatan Lembaga Hakim Pelawat ke institusi-institusi Penjara Negeri Kedah sepanjang Tahun 2017 serta membincangkan cadangan aktiviti dan program kepada penghuni yang boleh dilaksanakan dengan kerjasama Penjara Negeri Kedah dan Ahli Lembaga Hakim Pelawat Negeri Kedah.



""