| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Peserta Program Rise And Shine Ke Muzium Penjara Malaysia

13 Januari 2018 - Muzium Penjara Malaysia  telah menerima kunjungan daripada peserta-peserta Program Rise And Shine 2018. Program Rise And Shine Merupakan sebuah program anjuran Unit Khas Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC),Jabatan Perdana Menteri. Rombongan tersebut diketuai oleh Encik Seelan Manoheran (Pengarah Rise And Shine) yang bertindak selaku pengarah program dan turut bersama-sama menyertai adalah pelajar-pelajar dari SMK Pantai Sepang Putra,Selangor dan 150 peserta lain. Rombongan Tersebut telah disambut oleh Penguasa Penjara Mohd Rothman Bin Bujang Pengarah Muzium Penjara Malaysia. Turut serta menjayakan program ini adalah TKP Anathurai a/l Kalimuthu Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan Dan Inteligen Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan Pelajar-pelajar dari SMK Kem Terendak  Melaka serta tetamu-tetamu jemputan. Antara pengisian lain program tersebut adalah sesi persembahan daripada penghuni Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka,persembahan dari Unit Kebudayaan Dan Kesenian Jabatan Penjara Malaysia,dan juga sesi lawatan berpandu. Selain itu, turut diadakan juga satu sesi perkongsian ilmu melalui program Mesej Dari Penjara yang dikelolakan oleh moderator PPP Jamaludin Bin Elias bersama-sama penghuni dari Penjara Pra Bebas Dusun Dato? Murad Ayer Keroh Melaka. Selepas Program Mesej Dari Penjara tersebut, satu sesi dialog telah diadakan dan segala pertanyaan yang diajukan telah dijawab oleh TKP Anathurai a/l Kalimuthu Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan Dan Inteligen Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan dari masa ke semasa agar segala info yang berguna dapat dikongsi dan di manafaat secara bersama dengan masyarakat di luar. Selain itu juga,adalah menjadi harapan semua agar generasi yang akan datang dapat menikmati kehidupan yang lebih berkualiti dan terhindar dari perbuatan jenayah.


""