| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Pengambaran Bagi Persidangan Asia and Pacific Conference for Correctional Administrators  (APCCA) 2018

Menjelang Persidangan ? Asia and Pacific Conference for Correctional Administrators ?  (APPCA) 2018 yang akan diadakan pada bulan September 2018 yang melibatkan kira-kira 380 pegawai deligasi,  Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM) yang telah diketuai oleh TPP Norul Hisyam bin Ismail telah membuat persiapan dengan membuat penggambaran video dokumentasi di Penjara Sungai Udang, Melaka pada 17.07.2018 ( Selasa ). Pada kali ini Negeri Melaka telah dipilih untuk menjadi tuan rumah dalam persidangan tersebut. Beberapa tempat telah dipilih untuk membuat penggambaran diantaranya blok penempatan wanita, bengkel wanita, Pelan Pembangunan Insan (PPI) wanita, klinik penjara, dapur, bengkel perusahaan dan sebagainya. Video ini bertujuan untuk memberi maklumat serta gambaran berkaitan tentang proses pemulihan, keagamaan, pembelajaran, kerohanian dan sebagai yang dijalankan oleh Jabatan Penjara Malaysia.


""