| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Peringkat Penjara Negeri Sarawak Tahun 2018

Pada 12 - 13 Julai 2018, Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Penjara Negeri Sarawak Tahun 2018 telah berlangsung selama 2 hari bertempat di Auditorium Sri Sarawak, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Konvensyen pada tahun ini melibatkan 7 kumpulan dari seluruh institusi Penjara Sarawak iaitu Kumpulan OASIS (Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak), Kumpulan KAIZEN (Penjara Puncak Borneo), Kumpulan TITAN (Penjara Pusat Sri Aman), Kumpulan BLACK OLIVE (Penjara Pusat Sibu), Kumpulan CRANE (Pusat Koreksional Bintulu), Kumpulan MATAHARI (Penjara Pusat Miri) dan Kumpulan BUBALUS BUBALIS (Penjara Limbang). Seramai 2 panel penilai telah dijemput daripada Institut Tadbiran Awam Negera (INTAN) Wilayah Sarawak iaitu diketuai oleh Encik Mohd Shahruddin bin Zaidil, Perunding Latihan INTAN Wilayah Sarawak dan dibantu oleh Puan Dayang Suhana binti Musa, Penolong Perunding Latihan INTAN Wilayah Sarawak. Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh TKP Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Institusi Penjara Sarawak. Keputusan konvensyen adalah seperti berikut:

 KATEGORI KUMPULAN INSTITUSI TAJUK PROJEK
 JOHAN MATAHARI PENJARA PUSAT MIRI MATAHARI INTELIGEN MATION DETECTOR (MI'MODE)
 NAIB JOHAN OASIS PEJABAT PENGARAH PENJARA NEGERI SARAWAK PENGENDALINAN PERALATAN URINE
 KETIGA BLACK OLIVE PENJARA PUSAT SIBU BLACK OLIVE EXPANDABLE SECURITY T-BATON (B.E.ST)
 KE-4 CRANE PUSAT KOREKSIONAL BINTULU INMATE TRIGGER DEVICE (ITD)
 KE-5 TITAN PENJARA PUSAT SRI AMAN WELLNESS INTEGRATION NETWORK (WIN)
 KE-6 BUBALUS BUBALIS PENJARA LIMBANG MY-CABINET
 KE-7 KAIZEN PENJARA PUNCAK BORNEO SMART RULER



""