| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Pegawai Wanita Bersama Banduan Wanita Penjara Sungai Udang, Melaka

Hari Raya Aidilfitri selain dapat mengeratkan hubungan di antara keluarga ianya dapat mengeratkan hubungan silatulrahim di kalangan anggota bertugas serta banduan. Oleh yang demikian, Pengurusan Wanita Penjara Sungai Udang, Melaka telah mengadakan sambutan hari raya aidilfitri peringkat pegawai wanita bersama banduan wanita pada 11.07.2018 ( Rabu ) bertempat di perkarangan padang kawad blok penempatan wanita. Majlis tersebut diselangi dengan aktiviti seperti senamrobik, persembahan dari kakitangan serta banduan dan pertandingan karaoke. Selepas dari majlis tersebut tetamu disajikan dengan jamuan hari raya di pejabat Pelan Pembangunan Insan (PPI) wanita. Majlis tersebut telah dihadiri oleh PP Ismawi bin Sulong yang mewakili Ybrs. TKP Noor Aziz bin Muhammad Noor, Pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka. Turut hadir TPP Che Azlan bin Che Min, PPP Rohaya binti Musa, KIP Hasniyah binti Walad dan anggota serta kakitangan wanita Penjara Sungai Udang, Melaka.


""