| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Zon Timur

Pada 10/7/2018 (isnin) bertempat di Dataran Setia Penjara Marang telah diadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Zon Timur yang terdiri daripada institusi-institusi Penjara Zon Timur . Majlis tersebut turut diserikan lagi dengan kehadiran Y.Bhg TKJP Dato? Alzafry Mohamed Alnassif  bin Mohamed Adahan, Timbalan Ketua Pengarah  (Keselamatan & Koreksional) bersama isteri Y.Bhg Datin Hajah Shakimah binti Abdullah, Naib Yang dipertua PERSIAP, pengarah ? pengarah negeri dan isteri serta pengarah-pengarah institusi zon timur dan isteri. Aturcara majlis di mulakan dengan lawatan vip ke setiap gerai food truck,  persembahan hiburan nyanyian, pemberian duit raya kepada anak-anak kakitangan dan cabutan nombor bertuah. Majlis berakhir dengan gimik sambutan hari raya iaitu pertunjukan bunga api.


""