| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Sambutan Aidilfitri Khas Bagi Penghuni Penjara Tapah

Program Jalinan Kasih sempena Hari Raya Aidilfitri 2018 ( SOSMA ? Minima/Medium) telah dijalankan pada 27 Jun 2018 bertempat di Dewan Ilmu Penjara Tapah, Perak. Tujuan program ini dijalankan adalah dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, membantu proses pemulihan bersama keluarga , berpeluang berbincang hal-hal keluarga dan masa depan selepas dibebaskan. ringkasan program pada 27 Jun 2018 program jalinan kasih sempena sambuatan aidilfitri khas untuk banduan SOSMA kategori minima dan medium telah diadakan di Dewan Ilmu dalam Penjara Tapah. Seramai 21 orang banduan terpilih dan 21 keluarga telah hadir menjayakan program ini, jumlah keseluruhan ahli keluarga terdekat yang hadir adalah 123 orang. program yang dirasmikan oleh Pengarah Penjara Tapah TKP Kamarudzaman bin Hj. Mamat ini dimeriahkan dengan persembahan nasyid, nyanyian lagu raya dan juga sajian beberapa juadah istimewa hari raya. Semasa program dijalankan ahli keluarga telah diberikan taklimat ringkas oleh PP Zool Fadli bin Ismail daripada IPPM.    
 
     



2)Pada 28 jun 2018 Program Jalinan Kasih sempena Sambutan Aidilfitri khas untuk banduan kategori jenayah dan dadah telah diadakan di Dewan Ilmu dalam Penjara Tapah. Seramai 20 orang banduan terpilih dan 20 keluarga telah hadir menjayakan program ini, jumlah keseluruhan ahli keluarga terdekat yang hadir adalah 104 orang. Program yang dirasmikan oleh Pengarah Penjara Tapah TKP Kamarudzaman bin Hj. Mamat ini dimeriahkan dengan persembahan nasyid, nyanyian lagu raya dan juga sajian beberapa juadah istimewa hari raya.







3)Program Jalinan Kasih sempena Hari Raya Aidilfitri 2018 ( SOSMA - Maksima)

Program jalinan kasih sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri khas untuk banduan sosma kategori minima dan medium telah diadakan di Dewan Ilmu dalam Penjara Tapah. Seramai 7 orang banduan terpilih dan 6 keluarga telah hadir menjayakan program ini, jumlah keseluruhan ahli keluarga terdekat yang hadir adalah 37 orang. Program yang dirasmikan oleh Pengarah Penjara Tapah, TKP Kamarudzaman bin Hj. Mamat ini dimeriahkan dengan persembahan nasyid, nyanyian lagu raya dan juga sajian beberapa juadah istimewa hari raya. Semasa program dijalankan ahli keluarga telah diberikan taklimat ringkas oleh PP Zool Fadli bin Ismail daripada IPPM.


""