| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Hari Raya Aidilfitri 1439H Peringkat Penghuni Penjara Sungai Petani

Pada 01 Julai 2018 (Ahad), Penjara Sungai Petani telah mengadakan Program Jalinan Kasih Sempena Hari Raya Aidilfitri 1439H peringkat penghuni. Seramai 23  orang penghuni termasuk 16 orang banduan dan 7 Orang DiSelia telah terpilih untuk program tersebut. Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh TKP Mohd Sabri bin Yaacob, Pengarah Penjara Negeri Kedah. Sepanjang majlis berlangsung, hadirin dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan sketsa oleh penghuni dan sesi ramah mesra Pengarah Penjara Negeri Kedah dan Pengarah Penjara Sungai Petani, YM PKP Raja Nazril Azman bin Raja Azam Iskandar bersama keluarga penghuni. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah En. Wong Chee Chai, Pengarah Pengurusan Lypo Metal Sdn. Bhd., pengerusi PENAWAR Kedah, wakil Ahli Lembaga Hakim Pelawat Kedah, pegawai-pegawai kanan dan Kakitangan Penjara Sungai Petani.


""