| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program SRH For Boys Bersama Orang Diselia Di Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Mahkota Kluang, Johor (PPP)

Pada 26 Jun 2018 (Selasa) PPP Kem Mahkota telah mengadakan Program  SRH For Boys Bersama Orang Diselia (ODS) di Dewan 1Malaysia PPP Kem Mahkota, Kluang, Johor anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Negeri Johor (LPPKN).

Tujuan program ini diadakan adalah memberi kemahiran untuk menghindari dan mengurangkan tingkahlaku yang berisiko mengakibatkan kehamilan yang tidak dirancang, penyakit jangkitan seksual dan jangkitan HIV.  Program ini juga bagi mengukur tahap pengetahuan, persepsi dan tingkahlaku remaja terhadap kesihatan reproduktif sebelum dan selepas mengikuti program dan aktiviti kafe@TEEN LPPKN. Program ini dikendalikan oleh  Pn. Siti Hasmah bt. Marikom, bersama 5 kakitangan LPPKN Negeri Johor disertai oleh 20 ODS dan 3 anggota Penjara.


""