| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Program Jalinan Kasih Aidilfitri Peringkat Penghuni Penjara Sungai Udang, Melaka

Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini Unit Pelan Pembangunan Insan (PPI) telah mengadakan Majlis Jalinan Kasih Aidilitri Peringkat Penghuni Penjara Sungai Udang, Melaka yang telah diadakan pada 28.06.2018 ( Khamis ) bertempat di Dataran Hospital Penjara Sungai Udang. Seramai 37 banduan yang mempunyai prestasi yang baik telah terpilih dan berpeluang untuk menemui keluarga secara bersemuka. Majlis ini telah disempurnakan oleh TKP Noor Aziz bin Muhammad Noor Pengarah dan timbalan- timbalan Penjara Sungai Udang. Turut sama adalah wakil hakim pelawat Encik Abu Bakar bin Mohd Noor, Puan Dorrice Bong dan Encik Hang Tong Hui dari Persatuan Buddha. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silatulrahim diantara banduan dengan keluarga sempena hari yang mulia dan majlis ini turut diserikan lagi dengan persembahan dari banduan, karaoke dan pentomen.


""