| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Sambutan Aidilfitri Penghuni Projek Henry SHG Telok Mas Bersama MSN Melaka

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Majlis Sukan Negeri Melaka tidak melupakan pelatih-pelatih Projek Henry dengan menganjurkan majlis santai Sambutan Aidilfitri bertempat di Dewan Seroja SHG Telok Mas Melaka. Majlis sebagai tanda apresiasi MSN Melaka ini diraikan bersama 26 orang pelatih Projek Henry Sukan Tinju, Muaythai dan Angkat Berat dilihat sebagai pendekatan MSN untuk memberikan suntikan semangat untuk terus mengekalkan prestasi yang terbaik sehingga menjelang SUKMA 2018 di Perak. Majlis turut dihadiri Tuan Haji Ismail Bin Abdol Jalil, Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka, YBhg. Dato? Nur Azmi Bin Ahmad, Naib Presiden Persatuan Tinju Amatur Melaka, Jurulatih Muaythai dan Tinju serta beberapa pegawai Majlis Sukan Negeri Melaka.


""