| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Dan Forum Perdana

Pada 6 Jun 2018 (Rabu) bersamaan 21 Ramadhan 1439H Unit Agama, Bahagian Pemulihan dan Rawatan Penjara Wanita Kajang dengan kerjasama Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan satu majlis berbuka puasa dan Forum Perdana bertemakan ?Keinsafan Seorang Hamba?. Majlis ini telah dihadiri oleh  seramai 150 kakitangan Penjara Wanita Kajang dan 100 orang banduanita beragama Islam.
 
Majlis dimulakan dengan solat asar secara berjemaah seterusnya bacaan doa pembuka majlis yang dipimpin oleh wakil dari pihak YADIM iaitu Ustaz Abdul Hafiz Mat Tuah. Majlis  diteruskan  dengan forum  yang disampaikan oleh Y.Bhg. Dr Adawiyah binti Ismail, dari Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) dan Ustaz Arif Adwan bin Mohd Ali dari YADIM. Manakala Ustaz Muhammad Naqiuddin bin Ismail dari YADIM bertindak sebagai moderator. Pengisian yang diketengahkan dalam program ini antaranya cara-cara mendidik hati dan cara mengawal nafsu supaya menjadi insan yang lebih bertakwa di sisi Allah SWT.

Pihak YADIM juga telah menyumbangkan buku yang bertajuk ?Di Sebalik 114 Nama-Nama Surah? kepada Penjara Wanita Kajang untuk penghuni serta kakitangan. Majlis diteruskan dengan persembahan nasyid oleh penghuni di mana persembahan tersebut telah menghiburkan tetamu jemputan serta peserta yang hadir dengan dua buah lagu.Majlis diakhiri dengan jamuan berbuka puasa dan solat Magrib secara berjemaah.


""