| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Bersama Orang-Orang Tua Titian Abadi Batu Gajah Dan Anak-Anak Yatim Soleha Tanjung Tualang Peringkat Institusi Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah Perak

Pada 06 Jun 2018 (Rabu) Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah Perak telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Orang-orang Tua Titian Abadi Batu Gajah dan Anak-anak Yatim Soleha Tanjung Tualang. Majlis tersebut disertai oleh PKP M.Basakaran A/L S.Muthiah (Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah) dan PP Wan Hasnoul Zairie Bin Wan Husin bersama 100 anggota dan kakitangan serta turut hadir Lembaga Halim Pelawat, wakil Pesara. Antara program yang dijalankan pada hari berkenaan adalah penyampaian sumbangan kepada Orang-orang Tua Titian Abadi Batu Gajah dan Anak-anak Yatim Soleha Tanjung Tualang serta surau berdekatan, jamuan berbuka puasa, solat maghrib, solat isyak dan terawih.


""