| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Permurnian Ramadhan Bersama Orang Diselia, Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Syed Sirajuddin Gemas, Negeri Sembilan

Pada 07hb Jun 2018, Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Syed Sirajuddin Gemas, Negeri Sembilan telah mengadakan program Permurnian Ramadhan bersama Orang Diselia. Program turut diserikan lagi dengan kehadiran Penolong Kanan Komisioner Hafidz bin Othman Pengarah Penjara Negeri, Negeri Sembilan, Kolonel Hj Che Manan bin Saad Pegawai Pemerintah MK Garison Gemas, Penguasa Penjara Wan Rosli Bin Dollah PYM Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Syed Sirajuddin, Encik Amin bin Ludin Ahli Lembaga Hakim Pelawat Penjara Negeri Sembilan serta 120 Orang pegawai dan anggota dari Penjara dan Pembantu Wadar Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Syed Sirajuddin,Gemas. Atur cara dimulakan dengan persembahan nasyid oleh Ods dan tazkirah daripada Mejar Zaman bin Ismail Pegawai Agama (KAGAT) serta penyampaian sumbangan kepada peserta Tadarus Al-Quran dan sumbagan daripada Koperasi Penjara dan Lembaga Hakim Pelawat kepada Ods.


""