| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Khatam Al-Quran Dan Tahlil Penghuni Tun Teja SHG Telok Mas

Pada 6hb Jun 2018 bertempat di Kelab Sukan SHG Telok Mas Melaka, pengurusan Rumah Tun Teja di bawah kendalian KIP Hayati Masni telah mengadakan Majlis Khatam Al Quran dan Tahlil penghuni wanita Tun Teja. Program ini diadakan bertujuan mendidik dan melatih penghuni untuk menghayati dan memahami isi kandungan kitab suci Al-Quran sempena bulan Ramadhan yang mulia. Turut menjayakan program, PKP Abd Rahman Bin Taib, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka, PP Redzwan Bin Saghil@ Yusof dan pegawai kanan serta anggota.


""