| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Laporan Program Malaysia #Quranhour Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Kamunting 2018

KAMUNTING, 7 JUN 2018 (KHAMIS) bersamaan 22 RAMADHAN 1439, Unit Agama Pusat Koreksional Kamunting telah menganjurkan satu program iaitu MALAYSIA #QURANHOUR yang bertempat di Surau Al-Hidayah (surau banduan) Pusat Koreksional Kamunting. Program ini telah disertai oleh 60 orang banduan. Aturcara program ini dimulakan dengan zikir munajat, solat taubat & dhuha dan diteruskan dengan membaca Al-Quran beramai-ramai. Program ini juga turut dihadiri oleh Ketua Inspektor Penjara Mohd Nazree Bin Abdul Malik iaitu Ketua Unit Pemulihan selaku tetamu jemputan. Program ini telah bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Semua peserta memberikan kerjasama yang baik dan secara keseluruhannya program dapat dilaksanakan dengan lancar.


""