| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Millennium Youth 2018 Di Muzium Penjara Malaysia Melaka

20-22 MAC 2018 ? Kementerian Belia & Sukan telah menganjurkan Program Millennium Youth 2018 dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Ianya melibatkan 500 pelajar sekolah di tiga kawasan Parlimen iaitu Parlimen Titiwangsa, Parlimen Hulu Selangor dan Parlimen Jempol. Para peserta telah diberi pendedahan tentang kehidupan di dalam penjara, taklimat sebatan rotan, taklimat pelaksanaan hukuman mati, mesej dari penjara dan sesi soal jawab serta kuiz. Program yang bertemakan Belia Benci Dadah ini diadakan bertujuan menyahut seruan kerajaan dalam membanteras najis dadah di kalangan remaja serta mempraktikkan amanat YBhg. Dato? Sri Komisioner Jeneral Penjara yang sedia membantu pelajar sekolah diseluruh Malaysia yang menghadapi masalah disiplin. Majlis Penutupan program ini telah dihadiri oleh En. Mohd Mahzuz Bin Haji Ahmad Pegawai Khas Menteri Belia Dan Sukan, EN. Fauzi Bin PaimanTimbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Belia KBS dan En. Mohd Razi Bin Hamdan Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Dan Hal Ehwal Pelajar Ikbn Alor Gajah.


""