| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyampaian Slip Peperiksaan Calon SPM 2017 SHG Telok Mas Melaka

Pada 16 Mac 2018 (Jumaat) bertempat di Dewan Seroja SHG Melaka telah diadakan Majlis Penyampaian Slip Peperiksaan SPM 2016. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg KP Dato? Haji Nordin Bin Haji Mohamad, Pengarah Pengurusan Banduan Jabatan Penjara Malaysia dan turut dihadiri KP Abd Aziz Bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka, PKP Noratimah Binti Abu Bakar, Pengarah Pusat Koreksional Jasin, En. Azhan Bin Anuar, Ketua Sektor Pendidikan dan En Abdul Halim Bin Abdul Malek, Pegawai Pendidikan Daerah Melaka Tengah. Seramai 63 calon pelajar SHG Telok Mas Melaka telah menduduki Peperiksaan SPM 2017 dan memperolehi keputusan lulus 100% bagi 5 tahun berturut-turut dengan pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) 4.57. Pelajar mendapat keputusan 9A diikuti mata pelajaran Sains masih kekal sebagai mata pelajaran cemerlang dengan 45 orang calon mendapat gred A.


""