| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jom Sihat Penjara Negeri Johor Bersama Komuniti

Pada 11 Mac 2018 (Ahad) bermula jam 8.00 pagi telah diadakan Program Jom Sihat Penjara Negeri Johor Bersama Komuniti yang dikelola oleh Pusat Koreksional  Johor Bahru. Program telah diadakan di Taman Merdeka Johor Bahru dengan dihadiri Timbalan Pengarah Penjara Negeri Johor PKK Raha bte Jawahir, Pengarah Penjara Simpang Renggam, Pengarah Pusat Koreksional Johor Bahru, pegawai-pegawai kanan, anggota penjara dan kakitangan awam penjara seluruh negeri Johor serta orang awam. Program dimulakan dengan senamrobik, berjalan 1000 langkah dan ceramah gaya hidup sihat yang telah disampaikan oleh Dr. Maizurah bte Jamaludin.


""