| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Kayuhan Basikal Jelajah Malaysia 2018 Malaysia Book Of Records For Longest Distance Tandem Cycling By A Group (Visually Handicapped) 1505.0km Sempena Kayuhan Komuniti Cergas, Penjara Marang Terengganu

13hb. Mac 2018 (Selasa) ? Penjara Marang Terengganu telah menerima kunjungan dari pasukan Kayuhan Basikal Jelajah Malaysia 2018 Malaysia Book of Records for Longest Distance Tandem Cycling by A Group (Visually Handicapped) 1505.0km Sempena Kayuhan Komuniti Cergas, Negeri Sembilan.

Seramai 70 orang peserta yang terlibat terdiri daripada Presiden Persatuan Sukan OKU Penglihatan Negeri Sembilan iaitu YBrs. En. Shamsul Anuar bin Amat Kasi, peserta pengayuh buta (OKU) penglihatan yang berdaftar dengan Persatuan Sukan OKU Penglihatan Negeri Sembilan. Selain daripada itu, misi Negara ini turut disertai oleh 4 orang Jurumudi daripada Majlis Sukan Penjara Malaysia, 25 orang pengayuh ?solid? daripada Majlis Sukan Penjara Malaysia, 1 orang pengayuh ?solid? daripada Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang, 1 orang pengayuh ?solid? pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau, 6 orang pengayuh ?solid? daripada Perkasa Dickson Cycling Club dan 1 orang pengayuh ?solid? daripada Perpatih Cycling Community. Pasukan Jelajah Seluruh Malaysia 2018 ini turut disertai sama oleh 30 orang secretariat yang terdiri daripada Sekretariat Rasmi Persatuan Sukan OKU Penglihatan Negeri Sembilan, 2 buah lori 3 tan, 1-unit bas, 2 kenderaan pengiring daripada Jabatan Penjara Malaysia, 1 unit kenderaan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan, 1 unit EMRS dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia. Laluan kayuhan Basikal Jelajah Malaysia 2018 Malaysia Book of Records for Longest Distance Tandem Cycling by A Group (Visually Handicapped) seterusnya Terengganu ? Kelantan ? Perlis ? Kedah ? Pulau Pinang ? Perak ? Selangor ? Kuala Lumpur ? Putrajaya dan berakhir di Dataran Telok Kemang Port Dickson Negeri Sembilan. Program ini adalah kerjasama Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

Majlis sambutan ketibaan pasukan kayuhan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji A. Latiff bin Awang, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri Terengganu, turut hadir dalam majlis ini adalah YBrs. PKK Ahmad Saidi bin Hamzah, Pengarah Penjara Negeri Terengganu, YBrs. PKK Mohamad bin Ismail, Pengarah Penjara Marang Terengganu, YBrs. PKP Mat bin Yaakob, Pengarah Pusat Koreksional Dungun Terengganu serta pegawai kanan dan anggota Penjara Marang Terengganu.

Majlis pelepasan Pasukan Kayuhan Basikal Jelajah Malaysia 2018 telah disempurnakan oleh YBrs. PKK Mohamad bin Ismail, Pengarah Penjara Negeri Terengganu, pada 14 Mac 2018 jam 8.00pagi diperkarangan PULAPEN Terengganu untuk meneruskan kayuhan Basikal Jelajah Malaysia 2018 Malaysia Book of Records for Longest Distance Tandem Cycling by A Group (Visually Handicapped) 1505.0km bermula dari Penjara Marang Terengganu menuju ke Jertih serta laluan ke Kelantan.


""