| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Kunjungan Hormat Daripada Persatuan Sosial Purplelily Kuching

Pada 9 Mac 2018 (Jumaat), jam 0930 pagi, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak telah menerima Kunjungan Hormat daripada Persatuan Sosial PurpleLily Kuching. Kunjungan telah diketuai oleh Pengerusi Persatuan iaitu Puan Suraya binti Bujang dan turut dihadiri oleh Puan Azureen binti Abdul Kadir, Setiausaha serta Puan Nur Izeira binti Idrus, selaku Bendahari Persatuan. Tujuan kunjungan diadakan adalah untuk memperkenalkan peranan persatuan tersebut kepada agensi/jabatan kerajaan selain sesi sesuai kenal bersama Jabatan Penjara Malaysia, Negeri Sarawak. Persatuan Sosial Purplelily Kuching merupakan persatuan yang berdaftar dengan NGO dan berperanan menjalankan kerja-kerja sosial, kebajikan dan lain-lain yang melibatkan wanita.


""