| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Sambutan Hari Guru Peringkat SHG Telok Mas, Melaka

Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah menganjurkan Sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2018 di Dewan Parameswara. Bertemakan ?Guru Pemacu Transformasi Pendidikan? sambutan kali ini turut diraikan bersama Pengurus Bank Rakyat Cawangan Melaka, wakil UiTM Lendu dan Pengurus McDonald Cawangan Melaka. Seramai 32 warga pendidik yang terdiri dari guru akademik dan guru agama JAIM diraikan dengan pengisian program bacaan Yassin, Tahlil, Doa Selamat, persembahan sajak buat guru oleh penghuni dan acara memotong kek. McDonald turut menyampaikan Anugerah ?Guru Inspirasi McDonalds? kepada Cikgu Othman Bin Markom, Penyelia Unit Akademik. Beliau turut menerima replika cek bernilai RM5000, piala dan sijil penghargaan.  Pihak UiTM turut menyampaikan sumbangan buku dan alat tulis kepada penghuni. Majlis telah disempurnakan oleh PKP Abd Rahman Bin Taib, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka.


""