| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Laporan Majlis Sambutan Israk Dan Mikraj Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Kamunting 2018

KAMUNTING, 26 April 2018 (Khamis) bersamaan 10 Sya?ban 1439, Unit Agama Pusat Koreksional Kamunting telah menganjurkan satu program bersempena memperingati peristiwa Israk dan Mikraj. Program itu dilaksanakan sempena Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Kamunting bagi tahun 2018 Masihi bersamaan 1439 Hijri. Program yang bertemakan ? Ibrah di Sebalik Perjalanan Bertemu Tuhan ? ini dianjurkan berbentuk ilmiah bertujuan untuk memberi kefahaman yang jelas dan betul kepada banduan mengenai satu peristiwa yang besar dalam lipatan sejarah umat Islam iaitu Peristiwa Israk dan Mikraj. Penceramah jemputan ialah Ustaz Yusof Bin Abd Razak, Sarjan Mejar Penjara di Unit Agama, Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Taiping. Seramai 197 orang banduan telah hadir untuk menjayakan program ini yang terdiri daripada 3 blok iaitu Blok Fajar, Blok Lestari dan Blok Kekal. Program bermula dari jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.20 petang. Ia turut dihadiri oleh Dif Kehormat iaitu Ketua Inspektor Penjara Umar Bin Dulmat mewakili Pengarah Pusat Koreksional Kamunting di dalam program ini. Majlis diakhiri dengan pemberian cenderamata kepada penceramah jemputan, hadiah kuiz Israk Mikraj dan jamuan ringan kepada banduan.


""