| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perkhemahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka

Pada 27 hingga 30 April 2018 Program Perkhemahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka telah diadakan di Stadium Mini Sekolah Henry Gurney yang melibatkan seramai (2) peserta emas, (11) peserta perak dan (21) peserta gangsa. Aktiviti ini diadakan bagi melengkapkan komponen penjelajahan dan ekpedisi sebagai syarat penganugerahan. Pelbagai pengisian aktiviti disusun untuk peserta yang terlibat seperti Latihan Dalam Kumpulan, Malam Kebudayaan, Tresure Hunt, Kemahiran dan Keagamaan. Majlis perasmian penutupan disempurnakan oleh Puan Siti Mariam Binti Ahmad Tobias, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan turut dihadiri PP Redzwan Bin Saghil@Yusof, Timbalan Pengarah SHG Telok Mas, Melaka.


""