| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perhimpunan Bulanan Penjara Taiping

Pada 25 Oktober 2018, Penjara Taiping telah mengadakan Perhimpunan Bulanan yang diadakan di Dewan Long Jaafar, Penjara Taiping. Program dimulakan ucapan aluan oleh PKK Charin Promwichit Pengarah Penjara Taiping. Perhimpunan Bulanan diteruskan dengan penyampaian pingat dan sijil penghargaan kepada anggota yang telah berjaya di sukan Malaysian Masters Athletic Association (MMAA) yang telah diadakan pada 13 hingga 14 Oktober 2018 bertempat di Stadium Universiti Malaya, Kuala Lumpur iaitu KPL 12146 Mohd Radzi bin Panjang Omar telah mendapat tempat ke -3 dalam acara 4x 100 meter, tempat ke 2 acara 200 meter dan Johan dalam acara 100 meter serta KPL 12159 Mohd Fathi bin Sapian telah mendapat tempat ke 3 dalam acara 4x100 meter, tempat ke 2 dalam acara 100 meter dan tempat ke 2 dalam acara lompat jauh.Majlis di teruskan lagi dengan penyampaian bayaran tuntutan insurans Zurich dari POA kepada isteri Arwahyarham KPL 7496 Abdul Wahab bin Awang. Majlis selesai jam 4.00 petang.


""