| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Kejohanan Futsal Terbuka Penjara (Lelaki) Sempena Sambutan 100 Tahun Penjara Pusat Sibu 2018

Pada 9-11 November 2018, Penjara Pusat Sibu telah menganjurkan Kejohanan Futsal Terbuka (Lelaki) sempena Sambutan 100 Tahun Penjara Pusat Sibu yang berlangsung di Stadium Tertutup Bukit Lima, Sibu dan disertai oleh 36 pasukan yang bertanding termasuklah pasukan yang mewakili Penjara iaitu Pasukan Penjara Negeri Sarawak, Pasukan Penjara Pusat Sibu, dan Pasukan Pridept RJ Ft. Majlis Perasmian Pembukaan telah disempurnakan oleh YDH TKP Haji Ajidin Bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak bersama-sama dengan Ketua Institusi Penjara Sarawak beserta wakil Institusi. Majlis Perasmian Penutupan kejohanan pula telah disempurnakan oleh YDH PKK Fathi Bin Murshidi, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak sekaligus menyempurnakan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Kejohanan telah dimenangi oleh pasukan Nazario Ft (Sibu), Tempat ke-2 pasukan Zong Ho (Sibu), Tempat ketiga bersama dimenangi oleh pasukan OIC United (Betong) dan pasukan Naga Asmara (Kapit). Johan telah membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM 2,500.00 beserta dengan sebuah piala dan medal. Antara objektif penganjuran kejohanan tersebut adalah untuk mendekatkan lagi masyarakat kepada Jabatan Penjara Malaysia khususnya Penjara Pusat Sibu disamping memupuk semangat kesukanan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa, para pemain dan semua yang terlibat secara langsug dan tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini.


""