| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Penyerahan Dan Penerimaan Tugas Pengarah Pusat Koreksional Kamunting

22 Oktober 2018 (Isnin) ? Pusat Koreksional Kamunting telah mengadakan Majlis Penyerahan dan Penerimaan Tugas Pengarah Pusat Koreksional Kamunting di antara Mantan Pengarah Pusat Koreksional Kamunting iaitu TKP Mohd Muslih bin Mahmud dan Mantan Timbalan Pengarah Penjara Tapah iaitu PKP Ahmad Rizal bin Mohd Ghazali disaksikan oleh Pengarah Penjara Negeri Perak, TKP Tan Tian Heng. TKP Mohd Muslih bin Mahmud telah dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke Seksyen Penilaian Residivis IPPM sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Dasar Kepenjaraan manakala PKP Ahmad Rizal bin Mohd Ghazali diberikan mandat untuk menerajui pentadbiran dan pengurusan di Pusat Koreksional Kamunting sebagai Pengarah. Majlis dijalankan di Bilik Mesyuarat Delima Pusat Koreksional Kamunting dan turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, PKP Mahadzair bin Che Daud, Komandan Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Taiping, PKP Azhari bin Zaman, Timbalan Pengarah Penjara Taiping PP Abdul Rahman bin Hassan, PP Mohd Nizar bin Abdullah daripada Penjara Tapah, Pegawai-Pegawai Kanan dan Anggota Pelbagai Pangkat serta Kakitangan Awam Pusat Koreksional Kamunting. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan sesi menandatangani buku pelawat.


""