| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Amalan Gaya Hidup Sihat 2018

Pada 19.10.2018 (Jumaat) Penjara Wanita Kota Kinabalu telah mengadakan Program Amalan Gaya Hidup Sihat Peringkat Anggota dan Kakitangan PWKK bagi tahun 2018 di Perkarangan Galeri PWKK. Program ini  telah dihadiri oleh seramai 50 orang  kakitangan lain-lain pangkat termasuk penjawat awam yang  bertugas di PWKK. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi, yang dirasmikan oleh PKP Norneelah Binti Shukor, Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu. Pelbagai aktiviti diadakan termasuk Senamrobik dan acara sukaneka seperti bawa bola ping pong dengan sudu, belon berisi air dan lain-lain. Objektif program ini diadakan bertujuan untuk membudayakan gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan silaturahim sesama pegawai.


""