| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Muzikal Muhibah 2018 Jabatan Penjara Malaysia

Pada 11 Oktober 2018 (Khamis), telah diadakan Program Muzikal Muhibah 2018 Jabatan Penjara Malaysia dengan Kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara yang telah dikelolakan oleh Penjara Seremban bertempat di Auditorium Raja Melewar Jabatan Kebudayaan dan Kesenian, Negeri Sembilan. Program ini telah dihadiri oleh YBhg. KJP Dato? Sri Haji Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, YBhg. TKJP Dato? Alzafry Mohamed Alnassif Bin Mohamed Adahan Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan & Koreksional) serta turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Kebudayaan & Kesenian) Haji Mesran bin Mohd Yusop,  Pengarah IPPM, Pengarah Penjara Negeri dan Pengarah Institusi.

Pertandingan Muzikal telah disertai oleh (9) buah Institusi bertemakan Hari Kemerdekaan. Pelbagai segmen telah dipersembahkan dan diadili oleh juri jemputan. Johan telah dimenangi oleh Penjara Sungai Udang, Naib Johan dimenangi Penjara Tapah dan tempat ketiga dimenangi Penjara Seremban.


""