| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Hari Sukan Negara Peringkat Penjara Taiping

13 Oktober 2018 (Sabtu), Program  Hari Sukan Negara Peringkat Penjara Taiping telah diadakan di Dataran Taming Sari, Penjara Taiping. Program telah disempurnakan oleh PKK Charin Promwichit Pengarah Penjara Taiping.  Seramai 250 anggota lain-lain pangkat telah terlibat menjayakan program ini. Program di mulakan dengan senamrobik dan seterusnya di adakan gimik penyerahan anak pokok semperna program Menanam Sejuta Pokok Buah-buahan. Program diteruskan dengan ?Prison Walk? mengelilingi Taman Tasik Taiping,  bola tampar, sepak raga ratus dan Petanque. Selain itu, acara sukaneka juga dipertandingkan bagi kakitangan dan kanak-kanak. Antara sukaneka yang dipertandingkan adalah seperti balingan kasih,kerusi berirama  dan bagi acara sukaneka kanak-kanak tiup tepung, isi air dalam botol dan bawa bola pingpong. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah serta cabutan bertuah jam 12.30 tengahari.


""