| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Pengurusan Jenazah Perempuan Peringkat Kakitangan Penjara Sungai Petani, Kedah

14 Oktober 2018, Unit Latihan Penjara Sungai Petani dengan kerjasama Persatuan Khairat Kematian Kakitangan Penjara Sungai Petani serta PERSIAP Penjara Sungai Petani, telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Perempuan Peringkat Kakitangan Penjara Sungai Petani, Kedah bertempat di Surau Al-Kauthar Penjara Sungai Petani. Ceramah kursus telah disampaikan oleh Al-Fadillah Ustazah Haton bt. Saad daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Pokok Sena. Seramai 10 orang peserta terdiri daripada kakitangan dan isteri anggota telah mengikuti kursus tersebut. Kursus tersebut sebagai pendedahan kepada kakitangan untuk menguasai ilmu berkaitan pengurusan jenazah disamping dimanfaatkan untuk pengurusan jenazah keluarga sendiri, warga penjara Sungai Petani dan juga masyarakat.


""