| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Sambutan Hari Sukan Negara Tahun 2018 Kakitangan Penjara Simpang Renggam, Johor

Pada 13 Oktober 2018 ( Sabtu )  bertempat di Dewan Serbaguna  Penjara Simpang Renggam, Johor  telah di adakan pertandingan Pentanque, Sepak Takraw, Badminton, Dart, pertandingan memancing dan  Aerobik . Turut hadir dalam  Pengarah Penjara Simpang Renggam TKP Ramli Bin Osman dan Timbalan Pengarah PKK Hj. Azman Bin Mohd Ali. Seramai 280 orang kakitangan dan keluarga Penjara Simpang Renggam yang terlibat dalam Program ini.

Hari Sukan Negara kali ini juga dimeriahkan lagi dengan  Pertandingan  Bowling di antara kakitangan Penjara Simpang Renggam bertempat di Pacific Mall Kluang  turut hadir pada pertandingan tersebut TKP Ramli bin Osman Pengarah Penjara Simpang Renggam,PKK Hj.Azman bin Mohd Ali Timbalan Pengarah Penjara Simpang Renggam Johor dan keluarga.


""