| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Hormat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Ke Pusat Koreksional Dungun, Terengganu

Pada 08.10.2018 (Isnin) Pusat Koreksional Dungun telah menerima kunjungan hormat dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang di ketuai oleh Laksamana Muda (M) Dato? Zulkarnain Bin Mohd Omar, Pengarah Maritim Negeri Pahang. Beliau bersama-sama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Timur telah disambut oleh PKP Abd Jalil Bin Abd Majid, Pengarah Pusat Koreksional Dungun Terengganu, Timbalan Penguasa Penjara Mohammad Dzulhilman Bin Roslan dan pegawai kanan. Taklimat dan penerangan mengenai Pusat Koreksional Dungun telah disampaikan oleh PKP Abd Jalil Bin Abd Majid dan diteruskan dengan sesi lawatan ke tapak pertanian, tempat lawatan keluarga penghuni serta bilik MCR. Pihak APMM menyifatkan kunjungan hormat ini sebagai penuh bermakna dan berharap dapat berkerjasama dengan lebih akrab dimasa akan datang bersama dengan Jabatan Penjara Malaysia.


""