| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Sempena Sambutan Awal Muharam Di Pusat Pemulihan Kerohanian (PPK), Penjara Kajang

Pada 09 Oktober 2018 (29 Muharam 1440H), Unit Agama Islam Penjara Kajang dan unit PPI telah mengadakan Program Sambutan Awal Muharam Peringkat Penghuni Penjara Kajang yang telah diadakan di Pusat Pemantapan Kerohanian (PPK). Majlis dimulakan dengan rutin harian pusat iaitu Solat Sunat Dhuha secara berjemaah dan disusuli dengan Khatam al-Quran secara beramai-ramai. Majlis diteruskan dengan ceramah oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Zaky bin Mohd Ali daripada KDN yang bertajuk ?Penghayatan Hijrah Dari Kisah Nabi?. Pada masa yang sama, program dimeriahkan lagi dengan aktiviti mengacau bubur asyura sebanyak 5 kawah. Majlis diteruskan dengan solat zohor berjemaah dan acara Selawat dan Zikir disebelah petangnya. Majlis yang turut dihadiri oleh Ketua Seksyen Pemulihan, ketua unit dan anggota serta berakhir dengan  agihan Bubur Asyura kepada 600 penghuni yang terlibat.


""