| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Laporan Program Restu Ilmu 2018, Sekolah Integriti Marang

Pada 10 Oktober 2018, Sekolah Integriti Marang telah mengadakan Program Restu Ilmu 2018 bertempat di Dewan Al-Falah, Sekolah Integriti Marang. Objektif program ini diadakan adalah bagi meningkatkan semangat dan keyakinan para pelajar untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Program ini juga diadakan bagi memberi kedaran kepada para pelajar bahawa guru-guru dan ibubapa amat mengambil berat terhadap pencapaian para pelajar.

Program ini bermula jam 8.00 pagi dengan ketibaan ahli keluarga pelajar. Seramai (10) orang pelajar akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Turut hadir ke program ini ialah TKP Ahmad Saidi bin Hamzah, Pengarah Penjara Negeri Terengganu, PKK Wan Sani bin Ab Latiff, Pengarah Penjara Marang, Puan Hajah Wan Salmah binti Wan Mamat, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, ASP Muhammad Haikal Hendry bin Abdullah, Wakil MCPF Negeri Terengganu, guru-guru Sekolah Integriti Marang dan pegawai-pegawai kanan.

Aturcara majlis dimulakan dengan persembahan montaj dan ucapan aluan dari TKP Ahmad Saidi bin Hamzah, Pengarah Penjara Negeri Terengganu. Susunatur majlis diteruskan dengan persembahan dari pelajar dan sesi ceramah motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Khair Alluutfi bin Ab Manan. Sesi perjumpaan bersemuka pelajar dengan ibu bapa dan mentor mentee turut diadakan bermula jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Sesi terakhir adalah solat zohor, solat hajat dan majlis bacaan Yaasin yang diadakan di Surau Al-Falah, Penjara Marang.


""