| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Hari Sukan Negera Peringkat Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka

Program Hari Sukan Negara Peringkat Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka Telah diadakan pada pada 10 Oktober 2018.  Seramai 30  orang Pegawai serta kakitangan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka dan Pejabat Parol Daerah Melaka Tengah telah hadir mengikuti Program ini. Aktiviti sukan  dimulakan pada jam 2.30 petang di kawasan Taman Rekrasi  Tasik Ayer Keroh Melaka.

Program ini dirasmikan oleh Pengarah Penjara Negeri Melaka KP Abdul Aziz bin Mohamad. Antara aktiviti yang dijalankan seperti berjalan seribu langkah, memanah dan berkayak sekitar tasik ayer keroh.  Program seumpama ini dapat memberi kesedaran kepada kakitangan bertapa pentingnya aktiviti bersukan. Program tersebut berakhir dengan penyampaian hadiah serta  cabutan bertuah kepada setiap kakitangan.


""