| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyerahan Dan Penerimaan Tugas Ketua Institusi Jabatan Penjara Malaysia Zon Sabah

Pada 14 September 2018 (Jumaat), bertempat di Dewan Mini Penjara Pusat Kota Kinabalu, berlangsungnya Majlis Penyerahan Dan Penerimaan Tugas Ketua Institusi Jabatan Penjara Malaysia bagi Zon Sabah. Majlis Serah Dan Terima melibatkan 4 Institusi Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan iaitu; Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu (diantara PKK Rosman Bin Norman dan PKP Zulkifli Bin Abdul Manah), Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu ( diantara PKP Lim Kim Mooi dan PP Norneelah Binti Shukor), Pengarah Sekolah Henry Gurney Keningau (diantara PKP Johari Md Yatim dan PKP Mohd Hafizey Bin Yahaya) dan Pengarah Penjara Sandakan (diantara PKP Zulkifli Bin Abdul Manah dan PP Kamarul Zaman Bin Ali Zaman). Majlis Serah Dan Terima tersebut telah disempurnakan dan disaksikan oleh YDH TKP Haji Suria Bin Haji Idris, Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan.


""