| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Persidangan Pentadbir-Pentadbir Koreksional Asia Pasifik (APCCA) 2018

Jabatan Penjara Malaysia telah menjadi tuan rumah Persidangan Pentadbir-Pentadbir Koreksional Asia Pasifik 2018 (APCCA) kali ke 38. Persidangan telah diadakan di Hotel Hatten, Melaka pada 2 hingga 7 September 2018. Majlis perasmian persidangan telah disempurnakan oleh YB Dato? Mohd Azis bin Jamman, Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 2 September 2018 yang turut dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Tuan Adly bin Zahari, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YBhg. Dato' Seri Alwi Bin Hj Ibrahim serta Ketua Pengarah Penjara, Dato' Sri Hj. Zulkifli Bin Omar.

Persidangan APCCA 2018 telah dihadiri seramai 230 orang  delegasi dari 27 buah negara-negara Asia Pasifik dan turut disertai oleh UNAFEI dan ICRC.

Persidangan yang bertemakan ?Transforming Corrections? ini menyaksikan pembentangan 5 kertas kerja iaitu :
1.    Challenges and Initiative in Corrections
2.    Best Practices in the management, rehabilitation and reintegration of offenders who have to extremism, terrorism, organized crime and gangs
3.    Preventing, detecting and treating drug and alcohol abuse by offenders
4.    Training, developing and motivating correctional staff
5.    Developing risk and needs assessment tools to improve the classification, management and rehabilitation of offenders

Majlis penutupan persidangan telah disempurnakan oleh YB Muhammad Jailani  bin Khamis, Exco Perlancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Melaka yang mewakili YAB Ketua Menteri Melaka.

Secara keseluruhannya, persidangan ini telah berjaya mencapai objektifnya iaitu perkongsian ?best practices? dikalangan negara ahli serta merapatkan networking dikalangan pegawai-pegawai agensi koreksional negara-negara Asia Pasifik.


""