| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perhimpunan Bulanan (September 2018) Peringkat Pusat Koreksional Puncak Alam

13 September 2018 ( Khamis ) ? Perhimpunan Bulanan telah berlangsung di perkarangan Pusat Koreksional Puncak Alam (PKPA) . Perhimpunan tersebut diketuai PKP Amer Shariffudin Bin Mat Noor Pengarah PKPA diiringi PP Anbalagan A/L Subramaniam Timbalan Pengarah PKPA,serta pegawai kanan,pegawai lain-lain kanan termasuk kakitangan awam .

Kemuncak perhimpunan adalah upacara pemakaian pangkat dari Warder Penjara ke pangkat Kopral (TBBK) . Mendahului senarai Kopral 14917 Mohamad Izwan Bin Ahmad Edaee,Kopral 15098 Nurfaridaharyani Binti Mohd Nori . Seterusnya Acara penyampaian Sijil Tokoh Bulanan bagi bulan April,Mei,Jun,Julai dan Ogos bagi tahun 2018.Tokoh Bulanan bagi bulan April KPL 20163 Jasren Maulud Bin Mohd Sharif,bagi bulan Mei KPL 13652 Zaliza Binti Haris Ahmad,manakala bagi bulan Jun IP Sharil Bin Mohamed Noor,tokoh bulan Julai KPL 18549 Mohd Hanil Jesli Bin Mohamad diikuti tokoh bulan Ogos KPL Dalina Binti Daud.

Majlis diteruskan lagi dengan gimik perasmian Pelaksanaan ISO 9001 : 2015 Jabatan Penjara Malaysia Peringkat PKPA dimana upacara pemotongan reben disempurnakan oleh PKP Amer Shariffudin Bin Mat Noor Pengarah PKPA Diiringi PP Anbalagan A/L Subramania Timbalan Pengarah PKPA.

Ucapan alu-aluan Oleh PKP Amer Shariffudin Bin Mat Noor mengariskan budaya hormat menghormati dan disiplin harus dikekalkan dalam Jabatan Penjara Malaysia serta memperkukuhkan integriti warga JPM dengan menggunakan pendekatan psikologi.


""