| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Penyembelihan Lembu Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha Peringkat Penghuni Penjara Marang Tahun 2018

Pada 23 Ogos 2018 (Khamis), bertempat di Perkarangan Surau Al-Falah telah diadakan Program Sambutan Hari Raya Aidiladha Peringkat Penghuni Penjara Marang bagi tahun 2018. Program ini telah dihadiri oleh Pengarah Penjara Marang, PKK Mohamad Bin Ismail bersama beberapa pegawai kanan yang lain.

Program telah bermula seawal jam 07.30 pagi dengan disertai seramai 15 orang anggota bersama 20 orang penghuni bergotong-royong menjayakan program ini. Sebanyak 2 ekor lembu telah berjaya dikorbankan yang merupakan sumbangan daripada MAIDAM dan juga NGO di Negeri Terengganu. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk meraikan perayaan umat Islam disamping membina hubungan silaturrahim serta kerjasama diantara penghuni dan juga diantara kakitangan Penjara Marang.
""