| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Lawatan Kerja Timbalan Ketua Setiausaha ( Keselamatan ), Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ke Penjara Sungai Udang, Melaka

Penjara Sungai Udang, Melaka telah menerima lawatan kerja sehari dari Timbalan Ketua Setiausaha ( Keselamatan ), Kementerian Dalam Negeri (KDN) YBhg. Dato? Sri Nadzri bin Siron pada 03.08.18 ( Isnin ). Beliau telah disambut oleh YBrs. KP Ahmad Fauzi bin Haji Awang Pengarah  Bahagian Keselamatan Dan Inteligan IPPM, YBhg. Dato? Abd Aziz bin Abdul Razak Pengarah Bahagian Dasar Kepenjaraan.Turut hadir dalam lawatan YBrs. KP Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka, PKK Wan Umar bin Wan Abdullah Timbalan Pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka yang mewakili YBrs. TKP Noor Aziz bin Mohammad Noor Pengarah Penjara Sungai Udang serta pegawai pengurusan tertinggi dari Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan Penjara Sungai Udang, Melaka. Sebelum mengadakan lawatan, beliau telah diberi penerangan dan taklimat oleh TPP Mahadi bin Mustafa. Semasa lawatan beliau juga telah diadakan perbincangan mengenai hukuman banduan akhir  dan  telah dibawa melawat ke Blok penempatan banduan akhir lelaki dan wanita, serta bengkel pastri Penjara Sungai Udang, Melaka
""