| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perbarisan Bulanan Bagi Bulan Mac 2019 Penjara Puncak Borneo

01 Mac 2019- (Jumaat) Bertempat di Dataran Penjara Puncak Borneo telah berlangsung Perbarisan Bulanan Peringkat Penjara Puncak Borneo bagi Bulan Mac 2019 yang telah disempurnakan oleh Penguasa Penjara Yahir bin Sait, Timbalan Pengarah Penjara Puncak Borneo.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik (Negaraku, Ibu Pertiwiku dan Bakti Setia) dan diikuti dengan lafaz ikrar yang diketuai oleh Penolong Penguasa Penjara Shahrudin bin Salim.

Majlis diteruskan dengan upacara pemakaian pangkat kepada Inspektor Agenarous Lazarus dan disudahi dengan ucapan oleh Penguasa Penjara Yahir bin Sait, Timbalan Pengarah Penjara Puncak Borneo.