| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Penyertaan Pegawai Pusat Koreksional Labuan Dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kakitangan Penjara Negeri Sabah Dan Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2019

Pada 26 Februari 2019 (Selasa) bertempat di Dewan Mini Penjara Pusat Kota Kinabalu, Sabah telah berlangsung Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kakitangan Penjara Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi Tahun 2019 yang telah disertai oleh Koperal Penjara Bil. 14338 Awang Alisyamsenin bin Awang Asi, Pegawai Unit Pemulihan Pusat Koreksional Labuan. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj Aidi bin Hj Moktar, Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah dan turut disaksikan oleh Penolong Komisioner Kanan, Rosman bin Norman, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.